Pages

Friday, August 20, 2010

HAPPY BIRTHDAY ABAH (。◕‿◕。)

Salam sayang semua...

Hari ni masuk hari ke 11 kita menunaikan ibadah puasa..alhamdulillah..semua perkara berjalan dengan baik..n3 kali ni khas buat ayahanda saya yg tersayang sempena hali lahir beliau yg ke-59...."SELAMAT HALI JADI..ABAH"..."Ya Allah Ya Tuhanku...Dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini..aku memohon padaMu Ya Allah...Kau berikanlah Insan benama Makhetar bin Abd Rahman kesihatan yang baik, Pangjangkan umur beliau Ya Allah, limpahkan kasih sayangmu padanya ya Allah, murahkan rezeki kami sekeluarga agar kami berbahagia di duniaMu yang sementara serta dapat menjalankan tanggungjawab sebagai hambaMu dibumi yang fana ini...Hanya kepadaMu aku memohon, hanya kepadaMu jua aku meminta dan bersujud...amiiin ya rabbalalamin".



"The greatest gift I ever had in this World came from Allah,
and I call him Abah...!!!!"

Friday, August 13, 2010

UJIANNYA ADALAH KASIH SAYANG DARINYA

Salam 3 Ramadhan 1431 Hijrah....

sempena bulan Ramadhan ni saya nak isi ruangan blog dgn artikel2 @ apa2 je yang memberi ilmu dan pngajaran bg saya serta utk dibaca oleh teman2 blogger yg sudi singgah kat blog ni...

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin...Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga suatu penyakit yang Allah turunkan. Itu semua adalah kasih sayang Allah.


Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.


Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa.

Salam sayang semua :)

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah


Salam Awal Ramadhan 1431 Hijrah...

Assalamualaikum teman2 semua...selamat berpuasa buat muslimin & muslimat yg sudi menjenguk laman blog ni...hari ni merupakan hari pertama kita menunaikan ibadah puasa pada tahun 2010...semoga ramadhan kali ni dapat dilaksanakan dengan lebih baik dari tahun2 sebelumnya..lagipun..ni la tahun terakhir puasa dengan teman tersayang kat asrama ni..next year masing2 da bawa haluan masing-masing...ermmm..selain makanan..ayuh teman2 kita berpesta ibadah..sesungguhnya pahala akan digandakan..ajakan ni utk diri saya sndri sbenarnya...mcm saya ni..time free insyaAllah xkn lupe berterawih..almaklum la student kn...dengan asaimen nya yg bertimbun...harap Allah s.w.t. permudahkan segalanya...amiinnn..

akhir kata...mohon maaf andai ada terkasar bahasa selama berbloging ni..manusia biasa kn..xlari dr buat silap..so, marilah kita saling mendoakan dan memohon maaf antara satu sama lain kerana ianya satu keperluan agar kita tercalon dlm golongan orang2 yang menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ni....Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)
Powered by Blogger.