Pages

Saturday, April 3, 2010

PEMBUANGAN BAYI

Salam buat semua...

n3 kali ni aku nk sentuh pasal kes buang bayi....Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan bayi. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung..

Pada aku la kn..Faktor sosial merupakan salah satu drpd penyumbang utama berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang mengamalkan seks sebagai sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan mereka daripada mengandung jika melakukan hubungan seks...sume tu silap...!!!!!

ermm...aku xpaham dgn masalah ni...knape lah ada manusia yg sanggup buang baby yg comel merata2....xde perasaan ke?? Ke takut org sekeliling mngutuk mereka....??? klo ea pun xnak jgn la buang merata2...letak la kat tmpat2 yg sepatutnya....atau mintak bantuan sape2 yang pakar...


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar-gambar bayi yg dibuang macam bangkai....
Ya ALLAH sedarknlah manusia yg sehina2 manusia ni...kenapalah korang sanggup buat macam ni..bayi-bayi ni comel sngat2...apa salah bayi-bayi ni...

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.