Pages

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

Salam 9 Mei 2010...

Salam keceriaan buat semua insan yg bergelar Ibu, Umi, Mama, Mak n so on....hari ni aku nak ucap selamat hari ibu terutamanya buat UMIE yg tersayang, tercinta n yg tersangat2 dirindui..:) tahun 2010 ni la tahun prtama wish hr ibu berjauhan...tahun2 sblm ni wish depan2...miss u umi...jauh pn xpe..dlm hati ni keikhlasan nye sama jee...bezanya cuma keadaan dan tempat je...sebagai anak...of coz la aku mendoakan semoga Allah S.W.T panjangkn umur, berikan kesihatan yg terbaik untuk umi serta keluarga kita di murahkan rezeki...amiiiin :)

akhir kata aku sertakan PUISI indah sempena hari IBU buat umi tersayang...:)

UMI....

Umiku.. Oh, Umi..
Betapa ikhlas kau meyangiku..
Jiwamu tulus memeliharaku..
Tiada mengharap balasanku..

Ya Allah, Tuhanku..
Bukanlah pintu ampunan-Mu..
Curahilah dia dengan rahmat-Mu..
Dia merawat dan Menjagaku sejak kecilku..

Oh, Umi..
Kini aku jauh darimu
Inginku luruh dipangkuanmu
Selimutkan aku dengan doa malammu
Semoga ianya membimbing langkahku

Oh, Umi…
Kini air mataku berderai
Rindu belai kasih sayangmu
Dengan ketulusan hati yang amat dalam
Maafkanlah anakmu ini Umi....

Saturday, April 3, 2010

PEMBUANGAN BAYI

Salam buat semua...

n3 kali ni aku nk sentuh pasal kes buang bayi....Sejak akhir-akhir ini, negara digemparkan dengan beberapa berita yang amat memeranjatkan semua pihak iaitu isu pembuangan bayi. Gejala ini amat devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung..

Pada aku la kn..Faktor sosial merupakan salah satu drpd penyumbang utama berlakunya kes buang anak ini. Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang mengamalkan seks sebagai sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan mereka daripada mengandung jika melakukan hubungan seks...sume tu silap...!!!!!

ermm...aku xpaham dgn masalah ni...knape lah ada manusia yg sanggup buang baby yg comel merata2....xde perasaan ke?? Ke takut org sekeliling mngutuk mereka....??? klo ea pun xnak jgn la buang merata2...letak la kat tmpat2 yg sepatutnya....atau mintak bantuan sape2 yang pakar...


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar-gambar bayi yg dibuang macam bangkai....
Ya ALLAH sedarknlah manusia yg sehina2 manusia ni...kenapalah korang sanggup buat macam ni..bayi-bayi ni comel sngat2...apa salah bayi-bayi ni...

Thursday, April 1, 2010

iT's Movie tiMe....(◕‿-)


S
alam sayang kwn2 sume..

tngahari 1 March 2010..aku p tngok wayang dgn osmate2 aku...mmg da lma x kuar sama...dpt pluang mcm ni mmg xkn dlupa...tp trip ni utk yg single mingle jerk...klo x single..of coz da kuar tngok dgn awekz...paham2 je la...so, masa bujang yg ada ni kami manfat bersama teman2 rumah...da keje besok masing2 buat hal sndri.....

ermmm...wayang "Clash Of The Titans" ni mmg best..pada aku jalan cte nye mmg mnarik diseiringkn dgn hero n heroin yg kacak dan cun..mmg ah jalan cte pn jd best...tp, ada segelintir masyarakat yg cakap...cte ni haram untuk org Islam tngo...sbabnya ada unsur2 khurafat...mmg la cte ada psl anak tuhan..dewa2 dan macam2 l...tp, ni sekadar cte je pd aku...xde kaitan dgn dunia realiti mahupun kesan pada diri aku...in a real life mna ada mcm ni...adeh...xpaham la aku...

Tp, aku still respect pndapat korang yg xsuka cte ni atas sbab2 agama n sbab2 lain...yg penting hari ni mmg best...almaklum la brsama2 kwn2...
so, pada korang yg nak tngok..pegi la tngok...berbaloi baloiii.....(~ ̄▽ ̄)


POSTER "Clash Of The Titans"

Hero Cite nie...(◑‿◐)

Tuesday, March 23, 2010

STREAMING MEDIA - PUAN HAZRATI

Salam 23 Mac semua....

Lama rasanya aku x ringgankn tangan ni buat n3 baru...almaklum la busy sngat2 dengan asaimen + final project + final eXam n mcm2 lg..mmg busy. Mesti korang pelik knape title aku kali ni "STREAMING MEDIA - PUAN HAZRATI" kan...? sebenarnya n3 kali ni untuk asaimen aku...n3 suka2 akan menyusul kemudian....:) insyaAllah...klo ada yg aku rsa mnarik utk di sharing2 dgn korang...ada la tu nant...


Assignment 3 - Video Slide "K A M I"

Sunday, February 14, 2010

Happy Birthday to adik2 ku…=)

Happy Valentine's Day utk korang sume...

Errmm…n3 pada pagi Valentine’s Day ni aku nak kongsi la sket hari pnting adik2 aku nih...so dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN yg Ke-17 dan yang Ke-19 Tahun untuk kedua-dua adik kesayangan aku iaitu Anis dan Ira. Dua2 org nie sambut birthday pd bulan yg sama…Cuma sorang 14 Februari…dan sorang lg 26 Februari…

Happy Birthday PRINCESS....!!! =)

teman2 semua...n3 kali ni maybe xmnarik sngat utk korang...tp, smua ni sekadar nak berkongsi cerita je dengan korang. so, pada adik2 n sesiape yg turut berkongsi hari lahir dengan adik2 aku nih...happy birthday k...semoga dipanjangkn umor dan dmurahkn rezeki oleh Allah s.w.t...

ermmm..untuk adik2 ku, klo korang bca nie...komperm nak tuntut hadiah kn..?? Malangnya, hadiah untuk korang kene la tunggu loan abg long msuk dlu k…apa2 pun I love both of u so much…hanya Allah s.w.t je yg tahu syg nye abg long pd korang….i wish you all da best in SPM & STPM dan masa depan…gud Luck adik2 ku…

Salam sayang buat kamOOoo…(^_*)

Saturday, February 13, 2010

Hari Kekasih (Valentines Day)

Salam sayang semua teman2…

n3 kali nie of coz la pasal Valentine’s Day…sempena hr kekasih ni..aku nk cte sket psl sejarah VALENTINE’S DAY pd korang…

Gambar sekadar hiasan sempena Valentine's Day

Setiap kali menjelang 14 Februari, individu xkira usia begitu teruja meraikan hari memperingati kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day….maybe ada yg tahu dan ada yg tak tahu dsebalik 14 Februari terselit satu sejarah tragis yg membawa maksud sebenar Hari Memperingati Kekasih ini..

Yang aku tahu…kisah Hari Kekasih ni bermula apabila wujudnya manusia bernama St.Valentines yg jatuh cinta pd buah hati dia (sayang gila2) sehingga mereka berkahwin secara sembunyi iaitu tnpa pengetahuan sape2 pun. Tp, bak kata orang, bangkai…klo ditutup pun akn berbau jgk akhirnya…So, perbuatan mereka dihidu. St.Valentine dipenjara dan dihukum mati (Dipenggal Kepala).

Sebelum hukuman mati dijatuhkan, St.Valentine telah menulis satu pesanan buat kekasih hatinya yang berkata : “ Terima Kasih diatas semua perhatian, sokongan dan bantuan yg telah diberikan sepanjang hubungan mereka dan selama didlm penjara selama ini. Dengan cinta, dari Valentine mu……”

Akhirnya, pada tanggal 14 Februari St.Valentine dipenggal kepalanya. Oleh sbb itulah…Hari Memperingati Kekasih diraikan pada 14 Februari sebagai mengenang perjuangan cinta St Valentine bersama pasangannya….ni lah dia sejarah Valentines Day…=)

So, Selamat Hari Kekasih la buat semua yg berkasih kasihan…aku xraikan pun…da namanya hari kekasih…wish je la….so, Have a Perfect Valentine's Day k...mioOww...miOoWw =p

Powered by Blogger.